Posted by: NUR PURNAMA | May 17, 2009

Klinik Guaman BBG di Felda Ayer Hitam, Kluang

Nini melayani client

Nini melayani client

Ini adalah program kedua yang aku sertai semenjak menjejakan kaki ke BBg ni, Program ni adalah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kluang dengan kerjasama FELDA. Apa yang dapat disimpulkan, tak ramai pun masyarakat kita yang turun menyertai program seperti ini, klu yang ada pun kebanyakan dari golongan emas, nak nampak belia dan warga muda pergggg seksa sungguh… pelik juga kenapa mereka tidak mahu serta dalam program yang macam ni. Adakah kerana sikap masyarakat yang sukakan budaya hedonistik, menyebabkan mereka lebih gemar memilih program berbentuk hiburan daripada ilmiah? jawapannya ada pada diri kita masing-masing tepuk dada tanya selera…
Apapun tahniah kepada jabatan berkenaan yang telibat, apapun sambutan masyarakat apa yang penting kita telah jalankan tanggungjawab sosial kita….

Posted by: NUR PURNAMA | May 16, 2009

Islamic Calendar

” Demi Masa , sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali org yg benar2 beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling manasihati utk kebenaran dan kesabaran”

Posted by: NUR PURNAMA | May 16, 2009

SEBULAN DI BBG JB

SEBULAN DI BBG JB (13HB APRIL – 13HB MEI 2009 )

Tanpa disedari rupanya dah sebulan aku kat Biro bantuan Guaman Johor Bahru, tapi rasa macam dah lama plak…hi hi hi tu maybe tu tanda yang aku selesa dan seronok kerja di sini. Walau tiap hari dilimpahi dengan tugasan dan fail2 yang melambak…. Klu ikutkan tak muat meja yang ada tu ……  tapi Alhamdulillah hati rasa tenang je… walau pun sekarang ni poket kering huhuhuhuhu maklumlah gaji lum masuk….
Tapi apa yang aku dapat aku simpulkan ialah akhlak remaja islam kat johor bahru di boleh tahan la rosaknya….. ada sesetengah client tu masih muda dah datang untuk mohon perceraian secara ta’lik atau fasakh, mengadu suami tak tahu dimana atau suami tak bertanggungjawab, umur muda lagi dan ada sesetengah yang mengaku bahawa mereka berkahwin ketika sudah berisi , aduh kenapa lah mereka ni mudah sangat menyerah.. sedih dan takut bercampur baur dalam hati ni… kekadang geram pon ada tapi itulah reality hakikat kehidupan sekarang. Bila difikir balik itu baru mereka yang datang nak mohon perceraian, di Pejabat Agama agaknya pasti ada yang lebih teruk lagi…. Aduh kronik betul keadaan anak bangsa sekarang, bangsa lain sibuk mencari dan mengejar kemajuan, kita pula sibuk nak membetulkan dan membaiki akhlak remaja waris Negara dan bangsa. Yang peliknya mereka tak segan silu mengaku telah melakukan satu perbuatan yang menyalahi hokum… yang lagi geram rasa macam tak bersalah pula.

Bila difikir balik,ianya bertepatan dgn firman Allah: Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik………………….Waallah hu Alam
Read More…

Posted by: NUR PURNAMA | May 6, 2008

penjelajahan seluruh SELANGOR – Hari Pertama

Rasanya ini adalah pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sebelum menerima pentauliahan Peguam Syarie Negeri Selangor. Proses membuat Tampalan ke Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Selangor sememangnya cukup mencabar kepada mereka yg bukan warga selangor dan tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Bermula petang 27hb Mac, selepas waktu pejabat, telah pergi ke Tanjung Karang untuk tumpang tidur di rumah salah seorang sahabt yg sudi membantu untuk menghantar ke mahkamah-mahkamah di area berhampiran. Bertolak dari seremban jam 5.30 petang ke KLANG. dan apabila sampai ke KLANG terus mencari-cari bas menuju ke Teluk Intan/Sabak Bernam, Sesungguhnya itu adalah pengalam yg sukar dilupakan. Pergi ke tempat yg tak pernah ditujui sebelum ini pada waktu malam dengan menaiki bas dan tidak tahu hendak berhenti di mana. Alhamdulillah sesungguhnya Allah taala itu maha mengasihani, perjalanan ke rumah sahabat tersebut sehingga berhenti di tepi jalan pun berjalan lancar, berkat jasa baik dan pertimbagan pemandu bas tersebut, kami telah diberhentikan di hadapan sebuah surau, perasaan takut sedikit hilang tapi ada sikit rasa segan dan malu. Kini tunggu sahabat yg dimaksudkan untuk mengambil kami, rupanya rumah sahabat tersebut hanya 50 meter di hadapan, agak lucu juga waktu tu. itula namanya rusa masuk kampung..

28hb mac 2008: 8.00 pagi , memulakan proses penampalan di Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam, kami menyangkakan mahkamah ini terletak di Sabak Bernam, rupanya tidak, ianya terletak di sungai besar. Lokasi Mahkamah yang agak tersorok kedalam dan jalan ke sana juga agak kecil menyebabkan hati kami berbelah bagi betul ke jalan yg kami lalui ini, namun berkat keyakinan kami tiba di mahkamah tersebut pada pukul 9.00 pagi. Sekadar mengambil cop penerimaan mahkamah dn membuat tampalan kami hanya mengambil masa tidak sampai 15 minit di mahkamah terbabit. kemudian kami ke mahkamah Kuala Selangor dan seterusnya Gombak Barat di Kuang. Di Kuang kami yang sememangnya tidak pernah tiba di kawasan itu sering bertanya kepada penduduk setempat untuk mencari lokasi mahkamah dan stesen bas seterusnya. Terima kasih sahbat kerana membantu kami menyelesaikan tugasan di 3 buah mahkamah ini.

 

Oleh kerana masih ada masa kami telah menaiki komuter dari Kuang menuju ke Kuala Kubu Baru. Tak pernah terlintas akan menjejaki kaki kesini dengan menaiki Komuter KTM. Stesen KKB yg masih baru beroperasi lenggang dan tiada bus mahupun teksi, alhamdulillah kebetulan ada sebuah kereta sewa baru sahaja menurunkan penumpang, tanpa malu terus menyapa pemandunya(pakcik) utnuk bertanya dan memohon menghantar ke mahkamah syariah hulu selangor di KKB tersebut. kami mengharapkan di situ ada kantin untuk kami makan tengahari. Malangnya, persekitaran mahkamah tersebut begitu memeranjatkan, sunyi sepi( mungkin kami tiba waktu tengahari pada hari jumaat) dan ianya terletak di atas buku, kami merasakan kami berada di taman negara. Alhamdulillah surau mahkamah tidak berkunci dan dapatlah kami melepaskan lelah sementara menanti mahkamah buka kembali pada pulul 3.00. Setelah pukul 3 tidak sampai 2 minit urusan kami selesai, kami merasakan seperti main check point…sabar je la… nasib baik teringat ambil no pakcik tadi, minta dia hantar ke komuter, ketika ini dilema samaada nak naik bus tapi tak tahu arah tuju, atau naik komuter sahaja tapi bersesak. setelah pikir panjang kami emmutuskan naik komuter. Terima kasih kepada Pakcik tersebut, kerana sudi membawa kami pusing seluruh bandar/pekan Kuala Lubu bahru kepada kami, rasa seperti pergi melancong pulak. pakcik tersebut telah menghantar kami ke komuter Batang Kali.

sampai rumah malam. tidur dengan nyenyak kerana keletihan…… tamat lah hari pertama penjelajahan kami (kalau boleh dikira penjelajahan)

Posted by: NUR PURNAMA | January 25, 2008

Pesanan dari Presiden PGSM

Ucapan Presiden PGSM diletakkan dalam blog ini untuk bacaan semua.
_________________________________
Ini adalah skrip ucapan Pengerusi PGSM pada majlis pentauliahan Sijil Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada 17hb Januari 2008 yang lalu… semoga ucapan dan nasihat beliau dapat dimanfaatkan oleh para peguam syarie baru dn bakal peguam syarie..
Terima kasih Pengerusi Majlis,
YAA Datuk Ibrahim bin Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM
YAA Tuan Hj Hussin Ahamad Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan
Yang Arif Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah MSWPKL
Y Bijaksana Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan
Ketua Pendaftar, Pegawai Sulh dan Pegawai-pegawai MSWPKL
Pimpinan PGSM dan ahli-ahli PGSM
Ahli Jawatankuasa Penganjur Program
Dan Yang Diraikan Semua Peguam Syarie yang akan menerima sijil pentauliahan pada hari ini.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam ke hadrat Rasulullah saw. Selaku Presiden PGSM, saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnianya sehingga Majlis Pentauliahan ini berjaya dilaksanakan pada hari ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak YAA dan juga seluruh Pegawai MSWPKL yang telah memberi ruang kepada PGSM untuk bersama-sama meraikan majlis ini. Saya berasa sangat gembira melihat jumlah Peguam Syarie yang agak ramai yang akan mendapat pentauliahan pada hari ini. Ia sekali gus menunjukkan kesungguhan dan minat mendalam di kalangan Peguam Syarie yang baru untuk bersama-sama memartabatkan perjuangan Syariah di negara kita.

Pada hari ini, kita meraikan hari yang bermakna bagi Peguam Syarie yang baru, kerana mereka telah berjaya melepasi ujian dan temu duga sehingga berjaya ditauliahkan sebagai Peguam Syarie di Wilayah Persekutuan. PGSM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan anda semua dan selamat datang ke alam guaman syarie.

Secara umumnya, profesyen guaman sebenarnya berpaksikan kepada minat, kesungguhan dan kecintaan kepada bidang guaman itu sendiri. Seseorang peguam hendaklah membina dan mempunyai kualiti tertentu yang sangat penting dalam profesion ini. Antara sikap penting tersebut adalah integriti, sabar, suka mencari ilmu dan meluangkan masa, tenaga dan kepakaran untuk membantu mana-mana pihak yang memerlukan. Ia bukan semata-mata melibatkan wang sebagai ganjaran yang menjadi matlamat tetapi peluang untuk berkhidmat dan membantu pihak yang teraniaya adalah menjadi keutamaan.

Pada hari ini, akhbar sering melaporkan isu-isu mahkamah sama ada mahkamah syariah atau mahkamah sivil. Secara tidak langsung ia turut melibatkan peguam yang beramal. Kerana itu, para peguam sama ada sedar atau tidak akan turut menjadi tumpuan dan menjadi tempat rujukan masyarakat. Justeru itu, Peguam-peguam perlu mengambil kira beberapa kualiti yang perlu disemai agar ia subur dalam diri kita.

Pertama, seseorang peguam mesti mempunyai sikap positif dalam menjalankan tugasannya. Peguam wajib menjalankan tugasan dengan penuh integriti yang memerlukan mereka bersikap jujur, amanah terhadap klien, menjalankan profesion dengan penuh kesungguhan tanpa menolak nila-nilai profesional tinggi seorang peguam. Seseorang peguam mesti bertindak dengan penuh keyakinan, menghormati orang lain sama ada klien, peguam yang lain dan juga kepada pihak Mahkamah dalam menegakkan keadilan. Kita perlu sentiasa melihat sesuatu isu itu dari aspek yang makro berbanding dengan mikro.

Kedua, Mengambil berat dan sabar dalam berurusan- Sikap ini menghendaki kita supaya sentiasa menghormati dan memerhati kehormatan semua orang. Untuk itu, seseorang peguam perlu melayan semua pihak sama ada pihak lawan dan peguam-peguam mereka dengan adil, baik dan sewajarnya serta menjauhi dari bertindak tidak adil dan prejudis terhadap mana-mana pihak di sepanjang proses undang-undang yang dilaksanakan. Ini bermakna, walaupun seseorang peguam mewakili kliennya tetapi masa yang sama, peguam di pihak lawan tetap dianggap kawan dan boleh berbincang dengan sebaiknya demi kesejahteraan kes dan pihak yang diwakili.

Ketiga, Cintakan Ilmu dan Sentiasa Berusaha menambah ilmu. Peguam perlu sentiasa berusaha menambah ilmu yang ada dengan menggunakan pelbagai kaedah sama ada dengan menghadiri seminar undang-undang, membaca buku atau pun bertanya kepada Peguam-peguam Senior apa-apa perkara yang mungkin belum difahami. Dengan bekerjasama, kita akan lebih cepat memahami dan menyelesaikan sesuatu kekusutan yang belum kita ketahui.

Keempat, Bersikap Baik dan Mengambil Berat (Civility)- Seorang peguam yang mengambil berat profesion ini akan mengambil pendekatan baik dan mengambil berat serta menghormati bukan sahaja kepada Mahkamah dan rakan sekerja tetapi juga kepada seluruh manusia yang digaulinya. Menghormati mereka memerlukan kita menepati setiap mesyuarat yang diputuskan, temu janji yang dibuat, mengambil berat kepada jadual tugasan dan memberi komitmen yang sangat tinggi kepada apa yang perlu dilaksanakan. Seseorang peguam mesti mewakili klien dengan penuh kesetiaan dan kesungguhan serta komited dalam tugasannya serta menghormati kepercayaan yang diberikan oleh klien terhadapnya. Pada masa yang sama, kesungguhan dan kesetiaan kepada kliennya tidak pula menyebabkan dia melakukan tindakan yang tidak benar, kasar dan biadab apatah lagi menzalimi lawannya. Setiap peguam perlu menjadi contoh kepada kebaikan, kepatuhan kepada undang-undang dan menjaga sistem keadilan Syariah yang kita perjuangkan.

Kelima, Bersungguh dan Teliti- Seseorang peguam perlu sanggup berkorban masa, tenaga dan kepakaran untuk memahami dan menguasai setiap fakta kes dan peruntukan undang-undang yang dibentangkan di hadapannya. Dengan menguasai fakta dan undang-undang dengan teliti, ia akan membantu peguam dalam menjalankan tugasan dan mencari hujah yang perlu, bersesuaian dan mendalam untuk kebaikan kliennya. .

Keenam, Suka untuk memberi khidmat dengan hati yang luhur dan ikhlas- Seseorang peguam mesti membantu dan melibatkan diri dalam urusan-urusan yang memberi kebajikan kepada masyarakat, membantu mereka yang memerlukan sama ada melibatkan perundangan, pendidikan, khidmat sosial, kebajikan dan sebaginya.

Dalam berurusan dengan pihak lawan, peguam-peguam mereka, pegawai Mahkamah dan mana-mana pihak yang terlibat dalam sistem perundangan negara, seseorang peguam mesti berusaha untuk menjadikan sistem keadilan kita dapat berfungsi dengan baik dan cemerlang. Seseorang peguam perlu mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan buruk, menjatuhkan nama baik Mahkamah Syariah dan sistem perundangan Syariah atau menyebabkan keyakinan masyarakat terhadap perundangan Syariah terhakis. Apa yang menjadi matlamat adalah untuk mencari kebenaran, menamatkan perselisihan secara baik dan memberi hak kepada yang berhak dengan penuh keadilan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Hukum Syarak.

Sebelum memilih untuk membawa kes ke muka pengadilan dan meneruskan perbicaraan, seseorang peguam wajar mencari jalan dan mencadangkan kepada klien alternatif-alternatif untuk menyelesaikan pertelingkahan dan masalah mereka seperti menggunakan kaedah sulh, mediasi dan sebagainya.

Seseorang peguam juga mesti meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan penulisan sama ada dalam bahasa Malaysia, Bahasa Arab atau pun bahasa Inggeris. Semua kertas perundangan juga perlu menggunakan bahasa yang senang difahami dan tepat kepada maksud yang dikehendaki. Peguam juga mesti sentiasa memerhatikan kes kliennya dan memberi nasihat yang tepat dan bersesuaian.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud “ Hakim-hakim itu ada tiga jenis. Satu di dalam syurga dan dua lagi akan ke neraka….” Hadith ini sebenarnya bukan sahaja ditujukan kepada hakim sahaja malah kepada peguam juga kerana kedua hakim yang akan ke neraka itu sudah pasti akan mengheret peguam-peguam yang berhujah secara palsu di hadapannya dulu bersama-sama mereka. Oleh itu para peguam hendaklah menjadi pembantu kepada kebenaran bukan kepada kebatilan.

Sebagai sebuah Badan yang ingin memartabatkan perundangan Syariah dan sekali gus menjaga kebajikan Peguam Syarie di Malaysia, PGSM sentiasa berusaha untuk memberi input positif terutama melibatkan perundangan Syariah. Kita juga sangat berharap agar semua Peguam Syarie yang beramal nanti akan turut sama berada di bawah PGSM dan sama-sama bekerjasama menghidupkan serta memajukan PGSM demi kebaikan semua.

Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali kali kepada pihak YAA kerana memberi peluang kepada PGSM untuk turut sama meraikan Peguam Syarie yang baru pada hari ini. Mewakili PGSM, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Peguam Syarie yang berjaya mendapat pentauliahan pada hari ini. Sekian Terima kasih.

Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia
17 hb Januari 2008.

Posted by: NUR PURNAMA | January 25, 2008

Temuduga Peguam Syarie Negeri Johor

Pada 21hb Januari 2008 yang lalu, bagi sesiapa yang lulus peperiksaan bertulis ujian kelayakan Peguam Syarie negeri Johor, telah dikehendaki menghadiri temuduga.

Soalan yang telah ditanya adalah  bersifat menyeluruh bermula dari pengetahuan am, perundangan syarie dan hukum-hukum syarak.

Semoga semua yang menghadiri temuduga ini, berjaya dengan cemerlang amin.

Posted by: NUR PURNAMA | January 25, 2008

bukankah anakmu anakku jua

Anak adalah permata yang dikurniakan Allah bagi menghiasi sesebuah rumahtangga..Bukankah seharusnya anak ini dididik dn dibesarkan bersama-sama oleh ibu bapa mereka? bagi mereka yang masih berusaha bersama-sama membesarkan permata ini, ini mungkin bukan isu yang besar…. Namun bagaimana pula bagi pasangan yang telah berpisah?

Isu hak Penjagaan anak merupakan isu yang begitu kompleks bagi pasangan yang telah bercerai. Namun bagi saya yang selama ini menjadi pemerhati kepada senario ini, merasakan isu ini bukanlah satu isu yang rumit seandainya kedua-dua belah pihak sangup mengenepikan ego masing-masing.

Tidak salah rasanya mereka berkongsi masa dan bergilir-gilir menjaga anak tersebut…dengan bergaduh dan berebut hak jagaan anak itu, tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah merumitkan dan menyusahkan banyak pihak. Walaupun bagi sesetengah situasi pihak mahkamah telah meletakkan hak jagaan kepada mereka, maka seharusnya mereka amanah kepada perintah tersebut dan membenarkan pihak yg satu lagi untuk bertemu dan bermesra dengan anak mereka.

Usah kita menghukum mereka, dengan memisahkan mereka dengan anak mereka.. Mereka bukan tidak layak jika mahkamah meletakkan anak tersebut dibawah jagaan pihak yang satu lagi, namun pasti ada hikmah dan alasan yang menjaga kebajikan anak tersebut. Justeru itu jangan lah kita menghukum mereka dengan membawa lari anak dan memisahkan anak tersebut daripada mereka.

Jika benar pasangan tersebut bersalah sebelum ini, namun apalah hak kita untuk menghukum mereka dengan memisahkan mereka dengan ayah atau ibu kandung mereka…..

Apa yang dapat dkatakan, isu perebutan hak jagaan anak adalah berpunca daripada sikap ego pihak-pihak sehingga mengenepikan kebajikan dan perasaan anak dan pihak satu lagi…siapalah kita untuk menghukum. Anak ku anak mu jua..

Posted by: NUR PURNAMA | November 26, 2007

UJIAN KELAYAKAN PEGUAM SYARIE NEGERI JOHOR 2008

20HB nOVEMBER 2007 ADALAH HARI UJIAN KELAYAKAN PEGUAM SYARIE NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2008. sebagai Seorang yang masih boleh digelar pelajar dan masih muda di bidang ini….saya masih tadak dapat membayangkan soalan yang bagaimana yang akan ditanya di dalam ujian kelayakan ini. Agak gementar juga kerana LULUs didalam ujian ini adalah begitu penting bagi saya dan mungkin bagi rakan-rakan yang lain… Saya dan 3 orang lagi rakan telah memulakan perjalanan ke Johor dari seremban pada petang isnin 19hb lagi dan tiba di jb pada lebih kurang pukul 10.00 ..perjalanan ni agak suspen gak sebab kami semua bukan la expert dengan jln ke jb…tambahan pula drivernye bukan orang johor…..sebabnye..org johor tak de lesen lagi….

Kami keluar dari rumah azie( salah seorang rakan yang bekerja di JB) pada pukul 6.30 am lagi almaklum la nak elak jem ……ermm sampai kat MARSAH agak awal yela sampai cafe pun tak buka lagi…termenung sekejap sebab semuanya lapar…tak tahu nak makan katner..lastly dapat gak sarapan…..

 Terperanjat ermm tak juga la tengok soalan…sebab soalan nya adalah soalan fardhu ain….soalan sekolah agama rendah…. mungkin sebab syarat kelayakan johor ada dua cara iaitu bertulis dan interview,jadi yang bertulis ni lebih kepada soalan fardhu ain…dan mungkin interview nanti yang lebih kepada perundangan…

 Soalannya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tauhid, ibadat dan munakahat. antara soalannya ialan pengertian tauhid rububiyyah dan uluhiyyah, nama malaikat, nabi yang mendapat gelaran ulul azmi, syarat wajib mandi, sunat ab’ad dalam solat , rukun talaq dan ada beberapa soalan lain..

Soalan yang mudah namun bagi yang tak baca kembali dan tak praktik kan dalam kehidupan semestinya sukar untuk menjawab..dan mungkin kita practise secara amali bukan teori yang tersusun..semestinya kita tidak ingat….

Secara rumusnya, dapat satu pengajaran kalau kami yang selalu berhadapan dengan soal-soal yang berkaitan agama dan belajar agak tinggi juga sukar menjawab soalan sebegini, kami terfikir bagaimana agaknya keadaaan masyarakat biasa di luar sana..Ya allah ampuni dosa hamba mu ini….

Dan buat akhirnya…semoga para calon peguam syarie pada hari itu akan lulus dan bakal menjadi seorang peguam syarie yang bakal membantu menegakkan islam dan membantu masyarakat islam dengan ikhlas. amin………….

Posted by: NUR PURNAMA | October 28, 2007

jom baca!

JOM CHECK IT OUT   HAI semua…buku ni best tau….baru baca separuh…tapi so far menarikla…..nanti bila dah habis baca….leh la kita share more information lagi…. nak tau..setiap muka surat dalam buku ni mengandungi pengajaran dan mesej yang menarik dan mampu menjadi panduan dalam hidup kita…..jom kite mengubah diri kita kearah yang lebih baik di masa akan datang…………. tiada siapa yang dapat mengubah diri kita kecuali kita sendiri…..so apa tunggu lagi..jom baca!

Posted by: NUR PURNAMA | October 25, 2007

SALAM PERKENALAN DAN UKHUWAH

assalamualaikum…………
selamat datang ke blog ni…….ini adalah percubaan pertama saya….semoga blog ini akan memberi manfaat kepada diri saya dan semua……..

Seiring madah pantun bersambut
dalam senyum penghidang tamu
mesra berdakap kasih terpaut
persilakan tamu sambut di pintu

Indah sungguh si bunga raya
Menjadi rebutan si Rama-rama
Marilah kita berkongsi idea
Agar berkembang ilmu bersama….

Older Posts »

Categories