geramnyaaaaaaaaaaa…. bila check kat ATM tapi wang yang dinanti takde lagi… try call si penghutang tapi takde jawapan…. malam sikit baru dapat message maklumkan bahawa dia lum sempat bank in kan duit tu lagi…iskkk confuis nye tadi kata dah bank in kan ni kata lum… pastu janji utk bank in minggu depan tapi guna internet banking… malas nak banyak soal…ok je la…. tapi hari yg dijanjikan masih takde.hantar sms lagi kali ni jawapan yg diterima memang buat hati ni huru hara…. dia kata dah dia dah transfer guna internet banking maybe petang baru masuk…. aik pelik tul !! aku ni memang la buta it, tapi tak pernah plak tahu yg internet banking memerlukan masa utk transfer ….ingat ni nak clear cek ke… tapi malas nak persoalkan…. tunggu je la esok tengok ada ke tak….
dan setelah dilewatkan dua hari ( yela takkan hari-hari nak buang masa g check kat ATM kan) aku call lagi..tapi tak berangkat dan kemudian beep beep ada sms…” sori nurul saya kat hospital cuti bersalin sebab tu tak dapat angkat” saya dah transfer dah hari tu..tapi tak masuk lagi ye…ni no akaun yg sya masukkan.xxxxxxxxxxxxxx” ni satu lagi yg pelik…. bukan ke minah ni nyer tarikh due bulan 8…. so dgn bantuan seorang rakan aku call office dia dan aku disambungkan ketalian dia… perg satu lagi pembohongan yg dibuat” saya memang kat hospital … ni saya buat sambungan ngan hp saya” perg dia ingat dia ni CEO ke sampai leh wat camtu….nak bohong pon agak2 la….. dan sampai sekarang dah hampir 3 bulan duit yg diberi pinjam tu masih lum dikembalikan…… byk tul penipuan yg dia ni kena cipta ….. apa niat dia tak tahulah yg aku tahu aku memang letih nak dgr penipuan demi penipuan dia……
MORAL OF THE STORY: ermmm jgn senang2 je bagi org yg baru dikenali pinjam duit, walau kita kenal ngan dia masa lapor diri ke masa kursus ke……. jgn sesekali nak buat baik…bukan apa sebab secara logiknya kita pun jarang nak pinjam dari org yg tak rapat ngan kitakan?…mesti kita cari org yg rapat ngan kita dulu… so mesti ada niat yg tersembunyi (tak baik buruk sangka tapi sebab dah byk kali kena tipu susah tak husnul zon dah)… yg paling pelik dan takde jawapan kenapa mesti dia kata dia dah transfer duit tu…sedangkan belum….
mungkin ada hikmah disebalik kes ni, betul kata pepatah buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali… walau pun dia pernah tipu kata dia dah bersalin tp aku doakan je semoga dia selamat bersalin…… ( Ya Allah bantulah diriku dalam mengikhlaskan hati ini) dan Allah permudahkan dia pulang duit aku tu balik…..
hmm… CEO la tu CEO BSK… ha ha ha….
teringin nak tgk muka budak ni…..
ni pengajaran paling baik, n lain kali individu yang selamat utk dipinjamkan duit adalah aku dan pae… he he he
By: lia on September 10, 2009
at 1:10 am
tu la ko, lain kali klu nak jadi ah long ko study dulu ah long skill baru org takut…. he he he
skill ugut mengugut kene kasi mantap…. baek…. punyer ugut dan jngn lupa lupa beli cat sekali x lupa juga seekor ayam jantan…. alamat rumah budak tu ko jgn lupa minta… ha ha ha
By: amalia on September 22, 2009
at 5:45 am
Along sape yang pinjam duit along tak reti nak pulang tue??? teruk betullah orang tue….hai manusia…dah pinjam, dah guna, dah berjanji tahu2lah pulang…mmm human behaviour…kahkahkah
By: Noor Aishah Abd Majid on September 27, 2009
at 10:23 am