ARTIKEL

PERSIAPAN MAHKAMAH SYARIAH KE
ARAH PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG
JENAYAH Islam DI MALAYSIA
Oleh:Nassir bin. Hj. Abdul Aziz

 

Pendahuluan
Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa menggubal dan melaksanakan undang-undang Islam kepada Badan Perundangan Negeri. Sementara bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, akta undang-undang Islam dilulus oleh Parlimen. Peruntukan ini terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Senarai II, Jadual kesembilan.

Walau bagaimanapun peruntukan tersebut hanya meliputi bidangkuasa Mal1 sahaja. Dalam bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah tertakluk kepada sekatan dari peruntukan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (disemak 1988) yang memberi kuasa di dalam batas tertentu kepada Mahkamah Syariah dalam perkara jenayah.

1. Mal ialah undang-undang yang merangkumi aspek-aspek seperti harta, nafkah dan perkara-perkara yang berbangkit daripadanya.

Latar Belakang

Kepelbagaian pemakaian dan kaedah undang-undang Islam yang dipakai dan ditadbirkan di Mahkamah Syariah bagi setiap negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan menimbulkan kesulitan yang ketara kearah penyelarasan satu sisten Pentadbiran Perundangan dan kehakiman Islam.

Kerumitan-kerumitan inilah yang mendasari permasalahan pelaksanaan undang-undang Islam yang selaras dan seragam. Oleh itu, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah diberi mandat menangani punca-punca kebejatan persoalan ini serta merumuskan satu modul Perundangan Islam bagi diterima pakai oleh negeri-negeri di Malaysia.

Bahagian Undang-Undang

Dari segi kaedah pelaksanaan undang-undang sama ada undang-undang sivil atau undang-undang Islam, kedua-dua sistem perundangan ini mengklasifikasikan undang-undang kepada dua bahagian iaitu undang-undang substentif dan undang-undang prosedur.

Oleh kerana kedua-dua bahagian ini berjalan beriringan maka jika salah satu pincang keadilan akan tempang dan kezaliman akan berlaku. Padahal matlamat diadakan undang-undang dan peraturan adalah untuk menjaga kemaslahatan dan keadilan terhadap warga.

Kanun Jenayah Syariah

Sebagaimana sistem perundangan sivil (Inggeris),undang-undang Jenayah Islam (Kanun jenayah Syariah)boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Hukum Hudud
2. Hukum Qisas dan Kifarat; dan
3. Hukum Ta’zir

Pembahagian ni menjelaskan bahawa Hukum Hudud seperti selalu yang ditonjolkan dalam memahami undang-undang jenayah Islam ini, hanyalah merupakan sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam. Bagi maksud pengertian, hukum Hudud dan Qisas adalah hukuman yang ditetapkan oleh Syarak dan tiada pilihan lain (mandatory). Penetapan itu adalah ditentukan sama ada melalui Al-Quran atau as-Sunnah.

Pembahagian Hukuman Hudud adalah meliputi jenayah zina, menuduh zina (qazaf), mencuri (sariqah), merompak (hirabah), murtad dan pemberontakan (al-bughah). Hukum qisas pula memberi maksud hukuman yang dikenakan menyamai jenayah yang dilakukan . Sebagai misalan membunuh dibalas dengan bunuh atau jika mencederakan anggota akan dibalas dengan mengenakan kecederaan yang serupa pada anggota itu juga. Hukuman qisas boleh dielakkan dengan melaksanakan diat. Keadaan ini berlaku jika waris mangsa bunuh atau orang yang dicederai memaafkan kesalahannya dan diat hendahlah dibayar sebagai ganti hukuman.

Asas Syarak

Dalam kaedah fiqh yang bermaksud:

“Tidak sempurna sesuatu kewajipan itu melainkan
semua perkara berhubung rapat bagi mewujudkan
kesempurnaan kewajipan itu juga adalah wajib.”

Pendekatan kaedah ini, menekankan bahawa dalam konteks sistem perundangan Islam di dapati mengadakan satu konsep yang dinamakan “maslahab adilan” atau dengan lima perkataan menegakkan keadilan adalah wajib, sementara memelihara kesempurnaan agar keadilan itu mencapai objektifnya juga adalah wajib.

Oleh kerana itu, langkah-langkah awal kearah pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam ialah dengan membangunkan semua perkara yang berhubung kearah kesempurnaan pelaksanaan undang-undang itu. Ini termasuklah persiapan-persiapan infrastruktur sebuah sistem kehakiman Islam yang tersusun dan bersistematik.

Tindakan yang wajar kearah itu dimulai dengan mengkaji, menilai, mengemaskini dan menyelaras undang-undang dan pentadbiran perundangan Islam yang berjalan di negeri-negeri di Malaysia dalam semua aspek yang berkaitan.

Pentadbiran Undang-Undang Jenayah Islam:
Pengalaman Malaysia

Diawal tulisan ini, telah dinyatakan serba ringkas mengenai undang-undang yang diikuti dalam melaksanakan undang-undang Jenayah Syariah. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut seeloknya ditinjau kandungan peruntukan undang-undang tersebut.

Peruntukan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965
(Disemak 1988) membatasi Mahkamah Syariah dari melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam sepenuhnya. Peruntukan menetapkan bahawa Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman setakat didenda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau sebatan tidak melebihi enam kali.

kalau dibandingkan dengan undang-undang Jenayah Islam ternyata peruntukan ini tidak mencapai tahap maksima atau mandatory yang ditetapkan. Namun begitu, ia mempunyai cirri-ciri Ta’zir sekalipun jenayah yang menbawa hukum Ta’zir tidak terbatas dan tiada sekatan.

Ada orang membicarakan soal undang-undang Jenayah Islam hanya tertumpu kepada kesalahan Hudud semata-mata seolah-olah memberi gambaran bahawa hukum hudud sahaja sebagai Kanun Jenayah Syariah. Ini merupakan satu kesilapan, kerana Hukum Hudud hanyalah satu bahagian dari peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah. Sementara itu, Undang-undang Jenayah Syariah semestinya mempunyai tiga elemen iaitu Hukuman Hudud, Qisas dan Ta’zir.

Persiapan Mahkamah Syariah Ke Arah Pelaksanaan
Kanun jenayah Syariah Di Malaysia

Mengikut kaedah syarak bahawa proses mewujudkan keadilan juga merupakan satu kewajipan. Maka langkah –langkah kearah itu telah dimulai oleh kerajaan Malaysia dengan beberapa pendekatan iaitu:

1. Menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Undang-Undang Syarak Dan Sivil,

2. Meningkatkan Taraf Mahkamah Syariah;

3. Meningkatkan Peranan Biro Bantuan Guaman; Dan

4. Meningkatkan Profesionalisme Pentadbir Dan Pengamal Undang-Undang Islam.

Penubuhan Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang Syarak dan Sivil. Jawatankuasa ini diwujudkan dibawah Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1983 dengan dipertanggungjawapkan untuk:

I. Mengkaji semua undang-undang Islam yang dipakai di negeri-negeri di Malaysia untuk dikemaskini dan diselaraskan, serta

II. Mengkaji semua undang-undang sivil untuk diselaras dengan undang-undang Islam;

Bagi mempercepatkan proses pelaksanaan dan penyelarasan undang-undang Islam di negara ini, Jawatankuasa ini telah menubuhkan beberapa jawatankuasa kerja iaitu Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan sivil dan Jawatankuasa kerja Undang-undang.

Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil mempunyai tugas seperti berikut:

I. Memberi pandangan dan memperakukan terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan perundangan Islam.

II. Mengkaji dan mengesyorkan kearah penyelesaian isu-isu perundangan tersebut sama ada dengan membuat kertas kerja,laporan atau memorandum,

III. Meneliti dan menerima undang-undang sivil yang sesuai dengan syarak dan memansuhkan undang-undang sivil yang bertentangan dengan syarak,

IV. Berbincang dan mengadakan dialog dengan Penasihat Undang-undang Negeri, ketua-ketua hakim Syarie, Pengarah-pengarah Jabatan Agama dan Mufti-mufti mengenai isu-isu semasa berkaitan dengan perundangan Islam; dan

V. Menggubal Undang-undang dan menyelaraskan gubalan undang-undang berikut:

a. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam

b. Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah

c. Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah

d. Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah

e. Undang-Undang Prosedur Jenayah Syariah

f. Undang-Undang Keluarga Islam

Risalah Isu Semasa

Persiapan Mahkamah Syariah Kearah Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam Malaysia

Penubuhan Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang Syarak dan Sivil. Jawatankuasa ini diwujudkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1983 dengan dipertanggungjawabkan untuk :

i. Mengkaji semua undang-undang Islam yang dipakai di negeri-negeri di Malaysia untuk dikemaskini dan diselaraskan, serta

ii. Mengkaji semua undang-undang sivil yang dipakai di Mahkamah Sivil untuk diselaras dengan undang-undang Islam;

Bagi mempercepatkan proses pelaksanaan dan penyelarasan undang-undang Islam di negara ini, Jawatankuasa ini telah menubuhkan beberapa jawatankuasa kerja iaitu Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil dan Jawatankuasa Kerja Undang-undang.

Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil mempunyai tugas seperti berikut:

i. Memberi pandangan dan memperakukan terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan perundangan Islam.

ii. Mengkaji dan mengesyorkan ke arah penyelesaian isu-isu perundangan tersebut sama ada dengan membuat kertas kerja, laporan atau memorandum,

iii. Meneliti dan menerima undang-undang sivil yang sesuai dengan syarak dan memansuhkan undang-undang sivil yang bertentangan dengan syarak,

iv. Berbincang dan mengadakan dialog dengan Penasihat Undang-undang Negeri, Ketua-ketua Hakim Syarie, Pengarah-pengarah Jabatan Agama dan Mufti-mufti mengenai isu-isu semasa berkaitan dengan perundangan Islam; dan

v. Menggubal undang-undang dan menyelaraskan gubalan undang-undang berikut:

a. Undang-undang Pentadbiran Agama Islam

b. Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah

c. Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah

d. Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah

e. Undang-undang Prosedur Jenayah Syariah

f. Undang-undang Keluarga Islam

Terdapat dua buah Jawatankuasa Kerja Undang-Undang yang dipertanggungjawabkan menggubal undang-undang Islam. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut ialah:

i) Jawatankuasa Kerja Menggubal Undang-undang Prosedur Mal, Kaedah/Prosedur Mahkamah, Pesaka, Hibah, Zakat dan Wasiat;
ii) Jawatankuasa Merangka Kurikulum Latihan Pegawai-pegawai Syariah di semua peringkat.

Hasil kegigihan dan ketekunan Jawatankuasa ini Mahkamah Syariah telah dapat menggunakan undang-undang induk dan undang-undang sokongan yang akan diterima pakai di Negeri-negeri. Undang-undang yang dimaksudkan ialah;

a) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam.
b) Undang-undang Keluarga Islam.
c) Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah.
d) Undang-undang Prosedur Mal Mahkamah Syariah.
e) Undang-undang Prosedur Jenayah Syariah.
f) Undang-undang Penubuhan Mahkamah Syariah.
g) Undang-undang Zakat, Baitulmal dan Wasiat.

Peningkatan Taraf Mahkamah Syariah
Bagi menjelaskan kedudukan dan kebebasan Mahkamah Syariah maka sistem kehakiman Islam perlulah diletakkan di bawah satu pentadbiran yang terasing dan bebas dari pengaruh Jabatan Hal Ehwal Islam dan Pejabat Mufti.

Oleh yang demikian tiga buah institusi iaitu Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri, Mufti dan Mahkamah Syariah perlu diasingkan dan bergerak di bawah satu jentera pentadbiran tersendiri. Mahkamah Syariah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie.

Struktur Mahkamah Syariah turut diperjelaskan dengan mengadakan tiga peringkat Mahkamah Syariah dan bidang kuasa iaitu:

1. Mahkamah Rayuan
2. Mahkamah Tinggi
3. Mahkamah Rendah

Dalam urusan pentadbiran dan pengendalian mahkamah, beberapa jawatan perlu diwujudkan agar kelicinan perjalanan mahkamah tidak terganggu. Di antara jawatan-jawatan itu ialah Pendaftar dan Penolong-penolong Pendaftar Mahkamah mengikut setiap peringkat dan bahagian sama ada bagi urusan mal ataupun jenayah.

Pegawai-pegawai Mahkamah termasuk hakim, pendaftar, pendakwa, kaunselor dan penguatkuasa mestilah terdiri daripada mereka yang terlatih dan memahami fungsi dan matlamat tugasan mereka.

Peranan dan fungsi pegawai rundingcara juga perlulah diperluaskan. Mereka bukan sahaja diberi kuasa untuk mendengar dan menasihat pihak-pihak tertentu, malah laporan-laporan berkaitan dengan aduan boleh diterima sebagai pembuktian di Mahkamah. Kakitangan-kakitangan sokongan hendaklah juga diberi perhatian dengan mengadakan skim latihan bersepadu mengenai peranan, tugas dan tanggungjawab profesional mereka ke arah kesempurnaan keadilan Islam.

Peningkatan Peranan Biro Bantuan Guaman

Bagi melicinkan pentadbiran dan pengendalian perbicaraan kes-kes di Mahkamah, Peguam Syarie di bawah Biro Bantuan Guaman telah diperkenalkan. Tugas Biro bukan sahaja bertanggungjawab membawa tuntutan pihak-pihak ke Mahkamah malah termasuk meneliti undang-undang yang dipakai di Mahkamah dan menasihati pihak-pihak mengenai perundangan Islam.

Peningkatan Profesionalisme Pentadbir Dan Pengamal Undang-Undang Islam

Skim latihan secara formal dan profesional dalam menangani permasalahan kebejatan masyarakat dan pelajar terhadap pemahaman keunggulan undang-undang Islam telah dimulai dengan penubuhan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM, (1970), seterusnya Fakulti Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya (1981) dan akhirnya penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia tahun (1983).

Kegigihan pemimpin universiti ke arah pemantapan fikrah mengenai undang-undang Islam membolehkan Kulliyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa mengadakan perubahan dasar kepada aspek pendidikan undang-undang secara praktikal.

Hasil dari itu, Undang-undang Islam dan sivil diajar secara perbandingan di samping pelajar diberi peluang menjurus kepada undang-undang syarak iaitu Sarjana Muda Kulliyyah Undang-undang (Syariah) (LLB.S) selepas empat tahun dalam jurusan undang-undang perbandingan Sarjana Muda Kulliyah Undang-undang (LLB).

Pegawai-pegawai atau pengamal undang-undang syarak juga diberi peluang melanjutkan pelajaran untuk mengikuti pengajian peringkatan Diploma Undang-undang dan Pentadbiran dan Kehakiman Islam selama setahun. Sementara itu pengamal undang-undang sivil didedahkan dengan pengajian “Diploma In Law and Practice”.

Dengan pendekatan berimbang ini, matlamat jangka panjangnya ialah untuk memberikan kefahaman mantap terhadap golongan profesional dan cendekiawan mengenai aspek-aspek perundangan Islam. Seterusnya mereka boleh menjadi barisan hadapan dalam menerangkan kepada masyarakat dan kepada golongan mereka mengenai kebaikan-kebaikan amalan undang-undang Islam.

Kesimpulan

Pentadbiran Mahkamah Syariah seharusnya diselaraskan diperingkat pusat, di mana Kerajaan Persekutuan mengendalikan semua urusan berhubung dengan Sistem Perundangan Islam. Perundangan dasar terhadap kanun keseksaan (Penal Code) sama ada dengan memansuhkan unsure yang bercanggah dengan Hukum Syarak dengan memasukkan unsur-unsur syarak perlu juga diusahakan peringkat persekutuan.

Sementara itu, pelaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia boleh dilaksanakan dengan cara memansuhkan Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan) 1984 dan mengadakan Kanun Jenayah Syariah bagi dikendalikan oleh Mahkamah Syariah sepenuhnya.

Sekiranya pelaksanaannya hendak dijalankan di Mahkamah Sivil, ia memerlukan beberapa pengubahsuaian terhadap kanun keseksaan (Penal Code) agar selaras dengan syarak serta berpandukan prinsip yabg terdapat di dalam undang-undang Islam.

Mengenai undang-undang melibatkan persoalan undang-undang Tort2 Islam, hakim perbicaraan perlu mengetahui dan memahami Hukum Syarak mengenai kaedah zimmah, dhaman, kafalah dan lain-lain yang berkaitan. Dalam pada itu, kefahaman kepada masyarakat Islam mengenai undang-undang Islam ini hendaklah dipergiatkan dengan lebih luas supaya dengan demikian minda masyarakat akan lebih terbuka untuk memahami kemurnian ajaran Islam yang maha suci.

Penutup

Proses atau persiapan-persiapan yang dijelaskan di atas ini hanyalah yang berhubung rapat dengan sistem dan struktur badan kehakiman itu sendiri. Namun bagi aspek-aspek lain perlu juga diambil perhatian umpamanya mewujudkan kekuatan sistem ekonomi dan muamalat secara Islam, pendidikan, kebudayaan, sosial dan pengagihan ekonomi yang seimbang dan sebagainya. Dewasa ini negara Malaysia telah dan sedang memasuki satu dimensi reformasi berevolusi ke arah pelaksanaan satu sistem hidup menyeluruh bertunjangkan nilai-nilai universal dalam semua aspek dan peringkat.

SUMBER:www.JAKIM.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: