ERMM SEDAP TAU DONUT….MEMANG SUKA SANGAT MAKAN DONUT….SEBAB TU NAK SHARE RESEPI DONUT…. JOM KITA CUBA SESAMA….
RAMUAN:
1 bungkus yis Mauripan (11gram)dicampur dengan 1 cawan air
½ kilo tepung gandum
1 ½ camca besar mentega
1 ½ camca besar gula
CARANYA
1.Masukan kesemua bahan kering. Gaul rata.
2.Lembutkan mentega dan gaul dengan bahan kering.
3.Masukkan yis yang telah dibancuh dengan 1 cawan air.
4.Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air sekiranya adunan sedikit keras.
5.Rehatkan adunan selama 15 minit.
6.Terap doh menjadi bentuk donut.
7.Gorengkan didalam minyak sederhana panas dan api hendaklah kecil supaya donut tidak garing.
8.Golekkan donut yang siap digoreng (panas²) kedalam mangkuk yang berisi gula aising.
|
napa struktur donut ni cam bahulu…
By: amalia on September 22, 2009
at 5:46 am