KEK BATIK

KEK BATIK

KEK BATIK 

BAHAN-BAHAN:

200gm mentega
1 tin susu manis (tin kecil)
200gm milo
300gm biskut Marie (patah-patahkan)
50gm kacang tanah (goreng tanpa minyak dan buang kulit. Kisar kasar.)

CARANYA

Cairkan mentega dalam periuk. Apabila semua mentega telah cair, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis satu tin sambil dikacau perlahan tanpa berhenti.

Setelah mentega bercampur dengan susu masukkan milo sedikit demi sedikit. Kacau hingga semuanya sebati dan masukkan kacang. Tutup api dapur dan masukkan biskut marie.

Gaul hingga rata semua biskut bersalut coklat.Jangan masak bahan tadi lebih dari 10 minit kerana coklat akan keras. Ratakan didalam loyang dan simpan didalam peti sejuk selama 1 1/2 jam sebelum dipotong mengikut suka.

Cadangan Hidangan:
5 orang yang suka makan coklat
Tambahan:
Kacang tanah boleh digantikan dengan mana-mana kacang yang digemari

Responses

  1. wei belacan tak letak ke… ha ha ah aku x nak kek batik aku nak bubur tadi


Leave a response

Your response: