Posted by: NUR PURNAMA | February 20, 2010

PUTUS CINTA: BOLEH SEMBUH APA….

Mengapa terjadi perpisahan setelah lama menjalin hubungan? Kecewa, merana, putus asa, geram, marah dan pelbagai rasa melantari seluruh perasaan. Lalu anda menangis berhari-hari, bahkan berbulan dan ada yang memakan tahun semata-mata masih menyayangi insan yang prnah bertahta di hati. Antara kesilapan besar yang dilakukan selepas putus cinta adalah membabitkan diri dengan seseorang yang lain sebelum luka lama sembuh.

Dua lagi kesilapan berkaitan termasuk tidak mengambil sepenuhnya tanggungjawab ‘bersama’ atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan dan anda tidak pasti isu itu selesai sebelum memulakan hubungan yang lain.

Melakukan perkara yang sama berulang kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah tindakan tidak waras. Sedar perlu pulih, tetapi tidak berbuat apa-apa tidak akan membantu anda bersedia untuk perhubungan seterusnya. Ia mungkin hanya memanjangkan lagi derita. Jadi bagaimana hendak mengelakkan kesilapan yang sama berlaku?

• BERLAKU JUJUR: Lihat diri anda dengan ikhlas – apa yang sudah anda lakukan sama ada sengaja atau tidak boleh menyumbang pada kegagalan cinta yang lalu.

Berjanji pada diri sendiri untuk buat prubahan sebelum terbabit dalam perhubungan cinta seterusnya. Sekarang masa untuk menjadi lebih matang. Sebagai seorang yang kembali solo anda seharusnya menggunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap anda terlebih dahulu, apa yang sudah dilakukan ketika bercinta dan apa yang anda tidak suka dengan sikap bekas kekasih.

•MENIMBA PENGALAMAN; Inilah masa untuk anda menimba pengalaman berdiri atas kaki sendiri. Belajar menjadi matang dan berdikari. Ingat, anda mesti belajar untuk berdiri dengan sendiri sebelum boleh berdiri bersama. Tahan keinginan untuk membabitkan diri dalam satu perhubungan yang lebih intim terlalu awal. Berkawan lebih daripada seseorang tidak salah sebab itu atas dasar berkawan, tetapi jangan pula trbabit dalam masalah sosial kerana terlebih berkawan.

•PERLU BEREHAT; Anda tidak prlu membabitkan diri dalam perhubungan baru secepat mungkin selepas putus cinta dengan harapan ia akan dapat mengubat hati yang lara. Itu adalah tindakan yang tidak bijak. PErhubungan yang terputus, memedihkan mengambil masa untuk sembuh.

• CERMIN DIRI; Kalau hendak tahu apa masalah dalam perhubungan lalu, pandang diri di cermin. Beranikan hati melihat jauh ke dalam diri dan bebaskan diri daripada menuding jari atau menyalahkan orang / pihak lain.

Masanya sudah tiba untuk memikul tanggungjawab dansedar siapa diri- apa yangsudah dibuat, cara berfikir cukupkah ilmu pengurusan cinta dan perhubungan dan perlbagai aspek lain.

Perhubungan yang paling penting ialah prhubungan dengan diri. Bina semula hubungan dengan diri sendiri serta perbetulkan segala kesilapan dan sikap negatif.

Langkah pertama ini amat penting sebelum anda menjadi diri anda yang baru dalam hubungan sihat dan bahagia selepas ini. Luangkan juga masa untuk berusaha menyediakan diri menghadapi cinta yang bakal menjelma.

•BERHENTI MENUDING JARI: Sekarang adalah masa untuk berhenti menyalahkan orang lain atas keperitan yang anda cipta untuk diri sendiri. SEkarang masa untuk memaafkan supaya cepat sembuh. Pilihan ditangan anda. Luka tidak akan sembuh sehingga anda membenarkandiri untuk memberi kemaafan.

Kalau anda masih megatakan bekas kekasih tetap menjadi punca putusnya cinta dan membuatkan anda menderita, inilah masa untuk melepaskan semua perasaan benci itu selain perlu menerima tanggungjawab atas pilihan yang ada sekarang.

Ia juga perlukan displin untuk lakukan semua ini. Ketahuilah penderitaan hanya sementara. Derita putus cinta memang boleh sembuh. Anda akan sedar bahawa menjadi diri anda yang ceria seperti dulu dan kuat adalah lebih bermakna daripada terus melekat dengan kenangan silam dan perasaan benci yang tentu sekali tidak mendatangkan hasil.

copyright: METRO, khamis 18hb Februari 2010 ms: V7.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: