Posted by: NUR PURNAMA | March 22, 2010

TALAQ PERKARA HALAL YANG DIBENCI ALLAH

Diri ini terpanggil untuk berkongsi mengenai talaq, ini pun brdasarkan komen dari pearl dan terima kasih kepada fakhrul kerana sudi share info dengan kita semua…maaf kerana lewat membalas pertanyaan pearl…
apapun disini saya coretkan sedikit info yang saya perolehi dari Kitab Manhaj Fiqh Al-Syafie
PENGERTIAN TALAQ:
BAHASA: lepas dan terlepas
SYARA’: Melepaskan perkahwinan dengan lafaz talaq dan seumpamanya.

HIKMAH PENSYARIATAN TALAQ:
Perkahwinan adalah untuk mengekalkan kehidupan berumahtangga pasangan suami dan isteri. Allah telah mensyariatkan pelbagai hukum dan adab perkahwinan untuk menjamin pengekalannya serta menyuburkan hubungan mereka, walau bagaimanapun kadangkala terdapat suami isteri atau seorang daripada mereka tidak mematuhinya.Dan telah menyebabkan terbitnya perasaan benci dan semakin bertambah buruk sehingga tiada ruang untuk berbaik dan persefahaman utk hidup bersama.

Dalam keadaan ini, adalah perlu diadakan peraturan sebagai langkah berhati-hati yang boleh dirujuk dalam situasi tersebut. Hal ini adalah untuk membolehkan ikatan perkahwinan itu diungkai tanpa mensia-siakan hak kedua-dua suami isteri tersebut apabila tiada sebab bagi mereka untuk hidup bersama.
Sila rujuk Firman Allah: Surah Alnisa ayat 130.

Jika talaq ini digunakan oleh suami sebagai cara yang terakhir dalam keadaan genting ini maka ia adalah penyelesaian yang amat perlu yang tidak dapat dielakkan lagi, walau pun ia amat pahit dalam banyak keadaan. Namun jika dia menggunakan talaq untuk perkara yang tidak baik bagi memuaskan hawa nafsunya maka talaq itu dianggap halal yang amat dibenci Allah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: