PEMAKAIAN IQRAR DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA


DEFINISI IQRAR:
Bahasa                                   

 Mengaku atau membuat pengakuan[1]

 Para Fuqaha”:           

Memberitahu seorang akan sabit hak orang lain ke atas dirinya walaupun buat masa akan datang tetapi bukanlah semata-mata pemberitahuan bahkan pada hakikatnya iqrar itu dari satu sudut ia adalah ikhbar (pemberitahuan) dan dari suatu sudut lain memberi ertinya insya’ (mencipta sesuatu).[2]

 

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Johor):          

            Seksyen 17 (1) suatu pengakuan yang di buat oleh seseorang secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat. Menyatakan bahawa   dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang lain berkenaan dengan suatu hak. [3]

 

DALIL PENSYARIATAN

 

Firman Allah:

 

Bahkan manusia itu (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun ia memberikan alasan-alasan (untuk membela diri)

 

                                                                                                        AL-Qiyamah(75):14-15

SYARAT PENERIMAAN IQRAR

Iqrar yang sah lahir daripada orang yang baligh, berakal  dan tanpa paksaan. Maka tidak sah pengakuan yang dibuat kerana dipaksa atau diugut dan diancam. Iqrar tidak sah ditarik balik dan tidak diterima dalam kes-kes yang berkaitan dengan manusia, tetapi dalam perkara yang berkaitan dengan hak Allah khususnya jenayah hudud.[4]

 

 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Johor):

            Seksyen 17 (2) yang mana menyatakan iqrar itu hendaklah dibuat dalam mahkamah dihadapan dua orang saksi lelaki yang aqil baligh dan adil. [5]

 

KESAN IKRAR

 

Hujah Syariyyah yang paling kuat bagi mensabit atau membuktikan dakwaan pendakwa ialah iqrar yang lahir daripada yang kena dakwa, iaitu pengakuannya terhadap sesuatu yang didakwa, iaitu pengakuannya terhadap sesuatu yang didakwa atau penyaksian ke atas dirinya sendiri, Iqrar akan mengikat orang yang kena dakwa sahaja.

 

Ikrar hanya memberi kesan dan mengikat orang yang membuat pengakuan itu sahaja. Ia tidak mensabit atau mengikat orang lain. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Sahl bin Saad bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W dan menyaakan bahawa dia telah berzina dengan seorang wanita. Rasulullah S.A.W menghantar utusan kepada wanita tersebut untuk bertanya kepadanya tentang apa-apa yang diikrarkan oleh lelaki itu. Wanita tersebut menafikannya, maka Rasulullah S.A.W tidak mengenakan hukuman keatas wanita yang didakwanya melakukan bersama.[6]

 PEMAKAIAN IKRAR DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

 

Iqrar merupakan salah satu metodologi pembuktian bagi membuktikan sesuatu kesalahan atau fakta. Menurut undang-undang keterangan islam iqrar ialah pemberitahuan sesuatu hk atau kepentingan oleh seseorang ke atasnya, dirinya sendiri untuk orang lain.[7] Mahkamah Syariah di Malaysia, di bawah Enakmen Keterangan mahkamah syariah telah mengiktiraf penggunaan ikrar. Definisi “keterangan” ini adalah terbuka dan ianya tidaklah menolak jenis keterangan yang lain yang diterima oleh Islam seperti ikrar, yamin dan sebagainya.[8] Malah menurut seksyen 17 (2)(a) dan (b) telah dinyatakan bahawa iqrar hendaklah dibuat di mahkamah berhadapan hakim atau diluar mahkamah dihadapan dua orang saksi lelaki yang adil dan telah baligh.  Menurut peruntukkan seksyen 53(2) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 1952, memberi kuasa kepada Mahkamah mentadbir ikrar bagi orang yang akan memberi keterangan di mahkamah. Ini bererti mahkamah syariah mempunyai kuasa untuk mendengar sesuatu ikrar didalam sesuatu kenyataan.

 

Jenis iqrar yang digunakan ialah samada melalui lisan atau tulisan. Namun kebiasaan dan kebanyakkan kes telah melibatkan penggunaan ikrar melalui tulisan. Contohnya di dalam kes Razalli bin Zakaria lawan Rafeah dan Maimunah.

 

Kes ini merupakan kes yang menggunakan tulisan sebagai iqrar begi menentukan bahawa Pemohon merupakan anak kandung simati. Razalli merupakan anak kandung Zakaria dengan bekas isterinya Kamsiah Abdul Rahman. Namun akibat perceraian keduanya mereka telah terpisah. Setelah itu, Zakaria telah erkahwin dengan Rafeah Dato’ Boyok namun tidak dikurniakan anak, dan mereka telah mengambil seorang anak angkat yang bernama Maimunah. Setelah Zakaria mati, Rafeah dan Maimunah telah berjaya mendapatkan sura kuasa mentadbir harta pusaka Zakaria dari Mahkamah Tinggi Malaya, namun Razalli telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Malaya mengenai kewujudan waris lain selain pihak defendan, justeru itu pihak mahkamah telah menyerahkan pentadbiran harta pusaka Zakaria kepada Pegawai Pemegang Amanah Raya sehinga perintah selanjutnya diberikan. Berdasarkan kes Mohamed Habibullah lwn Faridah Yang Arif Hakim telah menasihatkan pemohon supaya kes ini dibawa ke mahkamah syariah untuk didengar kerana segala hal-hal yang berkaitan dengan Undang-undang Islam terletak pada bidang kuasa mahkamah syariah. Maka kes ini telah dibawa ke Mahkamah Tinggi syariah Selangor dibawah seksyen 46 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam ( Selangor) 1989 iaitu penentuan waris-waris si mati yang sah dan berhak terhadap harta pusaka si mati.

Bagi memutuskan kebenaran pengakuan Razalli bahawa beliau merupakan anak kandung hasil perkahwinan yang sah antara Zakaria dan kamsiah, melalui tulisan dalam surat beranak itu mengikut hukum syara’ Qawaid Fiqh dalam fasal pada menyatakan ikrar bahawa tulisan adalah sebagai perkataan ikrar bertulis. Qawaid Fiqh itu menyebutkan

 

“الكتاب كاالخطاب”

Kaedah ini bererti, tulisan itu adalah seperti perkataan yakni brikrar dengan tulisan itu seperti berikrar dengan cakap mulut.

 

Didalam kes ini juga teah digunapakai ikrar lisan iaitu pengakuan daripada ibu Razalli iaitu Kamsiah. Beliau telah berikrar bahawa sesungguhnya benar Razalli merupakan anak kandung beliau bersama Zakaria.Adalah kenyataan Kamsiah adalah sebagai ikrar yang bererti mengikut syara’: pengakuan dengan hak, Berdasarkan kepada ikrar tulisan dan lisan ini serta keterangan daripada dua orang saksi, mahkamah telah memutuskan bahawaRazalli merupakan waris yang sah kepada Zakaria dan beliau layak untuk menerima harta pusaka Zakaria.

 

Melalui kes ini jelas menunjukkan bahawa, penggunaan ikrar samaada tulisan atau lisan penting dan digunakan dalam membuktikan kebenaran sesuatu fakta. Mahkamah syariah di Malaysia turut mengiktiraf penggunaan ikrar berbentuk tulisan daripada dokumen-dokumen rasmi seperti kad pengenalan dan surat beranak.

 

Manakala di dalam kes Pendakwa Syarie lwn Jalil Embong & Satu lagi, kedua dua tertuduh mempunyai kaitan nasab di antara keduanya iaitu sebagai bapa saudara dan anak saudara dan mereka telah di tuduh dengan kesalahan cuba menyebabkan berlakunya sumbang mahram di bawah seksyen 59 (1) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Kedua dua tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan itu, dan di atas iqrar tersebut mahkamah telah mensabitkan hukuman ke atas kesalahan mereka berdua.

 

Kes ini menunjukkan bahawa tertuduh telah membuat pengakuan secara lisan menyatakan bahawa beliau mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap tuduhan tersebut. Hakim di dalam kes ini menyatakan iqrar secara lisan yang dilakukan oleh tertuduh boleh diterima kerana tidak ada alasan yang membolehkan iqrar itu tidak boleh diterima kerana iqrar yang tidak boleh diterima hanya iqrar yang telah ditaqnin di dalam seksyen 18 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 iaitu:

 

(a)    iqrar seorang yang tidak aqil baligh

(2) iqrar orang belum dewasa

(c) iqrar orang gila atau terencat akal

(e) iqrar yang tidak dibuat secara sukarela

(f) iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana mana undang undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya.

 

Hakim berpendapat bahawa iqrar adalah merupakan salah satu cara pembuktian yang terkuat dalam hukum syarak, dan tidak terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli ahli perundangan Islam mengenainya. Ianya sabit berdasarkan nas Al Quran dan Al Sunnah. Antaranya Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa ayat 135

 

 

……

 

 

 

Yang bermaksud,

 

                        Wahai orang orang yang beriman!  Hendaklah kamu menjadi orang orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah sekali pun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.

 

Kedua dua kes yang telah dibincangkan sebelum ini menunjukkan bahawa mahkamah syariah di Malaysia mengiktiraf pemakaian iqrar secara lisan dan secara bertulis selagi mana ia dilakukan mengikut syarat syarat yang ditetapkan oleh undang undang Islam dan undang undang kerana iqrar merupakan salah satu cara pembuktian yang terkuat di dalam hukum syarak.

 

KESIMPULAN

 

Secara tuntasnya, dapat dilihat dengan jelas bahawa pemakaian iqrar secara lisan dan secara tulisan diiktiraf oleh  mahkamah syariah. Ini adalah kerana kedudukan iqrar itu sendiri sebagai metod pembuktian yang ketiga di dalam undang-undang Islam yang mana ia hanya mengikat pihak yang melakukannya sahaja. Penggunaan dan penguatkuasaan iqrar digunakan di mahkamah syariah di Malaysia walaupun berada di bawah peruntukan yang berbeza diantara setiap negeri, ini membayangkan bahawa prinsip-prinsip undang-undang Islam hanya diterima sebahagian kecil sahaja, namun jika diteliti dengan lebih lanjut ternyata ianya luas dan terbuka kepada semua jenis prinsip undang-undang.

Disediakan oleh:

Salmi Amalia Jamil                     2060045

Noorul Badariah Abd Majid    2060044

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




[1] Mahmud Saedon A. Othman. 2003. Undang-undang Keterangan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. hlmn.41

[2] Mahmud Saedon. Ibid

[3] Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah.  2003 Johor

[4] Abdul Monir Yaakib.tt. Pendakwaan dan Penyiasatan Konsep dan Amalan.IKIM. Kuala Lumpur. Hlmn.252

[5] Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2003 Johor.

[6] Al-Shaukani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. Nail Autar, Mustafa Al-Rabi Al-Halabi, Mesir 1961 cetakan ke 3 jil hlmn 112.

[7] Mahmud Saedon, Abdul Monir Yaakob.(Penyunting) Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah :Satu Analisis.Undang-undang Keterangan dan Prosedur Mahkamah.1995. IKIM. Kuala Lumpur.hlmn. 82

[8] Mahmud Saedon, Abdul Monir Yaakob.(Penyunting) Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah :Satu Analisis.Undang-undang Keterangan dan Prosedur Mahkamah.1995. IKIM. Kuala Lumpur. Hlmn. 92

Responses

  1. Luv u my sister:)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: